Wednesday, 27 May 2015

Majlis Persaraan Tn. Hj. Azizan Rejab (GPK Pentadbiran)




21 April 2015 (Selasa) - Satu majlis meraikan persaraan Tn. Hj. Azizan B. Rejab (GPK Pentadbiran) telah diadakan di dewan SK Seri Pinang.

Tn. Hj. Azizan telah berkhidmat dan menabur jasa yang cemerlang sebagai seorang pendidik selama 38 tahun. Tanggal 21 April 2015 adalah merupakan tarikh terakhir perkhidmatan Tn. Hj. Azizan di SK Seri Pinang (SKSP) sebelum bersara wajib.

Satu majlis meraikan persaraan belliau telah diadakan oleh pihak sekolah dan dihadiri oleh seluruh murid-murid, guru-guru, kakitangan SKSP, AJK PIBG dan tetamu kehormat dari SK Bandar Puteri Jaya.

Pihak PIBG SKSP amat terasa atas kehilangan, bimbingan dan nasihat yang telah dicurahkan kepada PIBG SKSP dan kemajuan sekolah selama ini. Walaubagaimanapun, Tn. Hj. Azizan telah berikrar untuk memberi khidmat dan bimbingan kepada sekolah dan PIBG jika diperlukan.

Terima kasih.

'Story Telling, Public Speaking and Action Song Competition, PKG Sungai Petani'



14 April 2015 (Selasa) - 'Story Telling, Public Speaking and Action Song Competition', Peringkat PKG Sungai Petani telah diadakan di SJK(C) Sin Kwang, Sungai Petani. Pertandingan ini telah disertai oleh 17 buah sekolah rendah di dalam PKG Sungai Petani. Pertandingan ini adalah merupakan sebahagian kempen "English Literacy' pada peringkat sekolah rendah.

SK Seri Pinang (SKSP) turut mnghantar dua murid ke pertandingan ini untuk acara 'Story Telling' dan 'Public Speaking'. Walaupun wakil-wakil SKSP hanya menerima hadiah saguhati dalam pertandingan ini, tetapi pengalaman bertanding dengan peserta-peserta  hebat lain dari sekolah-sekolah tersohor di Sg. Petani, ini amat bermakna dan berharga.

Pihak PIBG SKSP menucapkan penghargaan kepada Pn. Zarina dan Pn. Ng (guru Bahasa Inggeris) atas usaha murni mereka memberi latihan dan tunjuk ajar kepada wakil-wakil SKSP. Semoga SKSP akan terus berusaha dan berjaya pada tahun hadapan.

Sunday, 24 May 2015

Senarai AJK PIBG SK Seri Pinang, sesi 2015-2016

Pada 7 Februari 2015 (Sabtu) yang lepas, mesyuarat agung PIBG SK Seri Pinang (SKSP) telah diadakan dan satu jawatankuasa baru bagi sesi 2015-2016 telah dilantik.

Senarai AJK PIBG SKSP bagi sesi 2015-2016:

Penasihat: Muhd. Rhazi B. Shariff (Guru Besar)
YDP PIBG: Mohamad Zuki B. Nanyan
NYDP PIBG: Marzukhi B. Bramsa
Setiausaha: Sirajul Fahmi B. Azmi
Pen. Setiausaha: Hayati Bt. Omar
Bendahari: Nurul Asyita Bt. Ridhwan

Pemeriksa Kira-kira:
1. Basariyah Bt. Mohamad Hashim
2. Roslinah Bt. Ishak

Pentadbir:
1 .Rosli B. Bashah (GPK HEM)
2. Zunisam B. Elias (Pemangku GPK Kokurikulum)
3. Shukeri B. Senapi (PK Petang)

AJK Guru:
1. Khairul Anwar B. Md. Hashim
2. Zarina Bt. Che Man
3. Zalina Bt. Zakaria
4. Izwanna Bt. Kamarudin
5. Norizan Bt. Nasiruddin

AJK Waris:
1. Mahadi B. Samsudin
2. Ahmad Shukkeri B. Md. Zuki
3. Azalan B. Mat Rejab
4. Nor Afandi B. Abdul Hamid
5. Rusnani Bt. Mat
6. Sharipah Bt. Hamid
7. Wafdah Auni Bt. Nafiah.


Diharapkan semua pihak dan waris pelajar -pelajar SKSP dapat membantu dan menyokong sepenuhnya AJK PIBG dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka.

Terima kasih.

Selamat Datang ke Blog PIBG Sek Keb Seri Pinang, Sg. Petani, Kedah.

Salam sejahtera,

Pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Pinang (SKSP), Sungai Petani, Kedah, kepada tuan/puan kerana sudi melawat blog ini.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah sebagai media komunikasi/penghubung untuk seluruh waris pelajar-pelajar SKSP dengan pihak sekolah amnya, dan pihak PIBG SKSP khususnya.

Diharapkan semua pihak dapat berkongsi buah fikiran dan idea untuk meningkatkan kemajuan pendidikan dan persekitaran pelajar-pelajar di sekolah.

Sebarang idea dan permasalahan berbangkit bolehlah dikemukakan kepada pihak pentadbir sekolah atau hubungi admin blog di: pibgsksp1@gmail.com.


Terima kasih.