Friday, 26 June 2015

Program Ihya' Ramadhan 1436H, Amal Jariah untuk Pembinaan & Pembaikan Surau Sekolah-sekolah Daerah Kuala Muda/Yan dan Kebajikan Pelajar Islam.



Tuan/Puan,

Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraih seberapa banyak pahala dan ganjaran dengan mngerjakan berbagai amal ibadat di dalam bulan Ramadhan, maka Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan telah merancang dan menyusun program Ihya' Ramadhan kearah matlamat tersebut. Program ini juga merupahan kesinambungan program yang telah dilancarkan pada tahun 2011 yang bermatlamat mengumpul seberapa banyak dana dan kemudiannya akan diagihkan kepada beberapa sekolah-sekolah yang pembinaan suraunya terbengkalai dan memerlukan pembaikan serta akan disedekahkan kepada pelajar Islam yang ditimpa musibah.

2. Sumbangan dari pelajar, waris, guru dan staf sekolah Daerah Kuala Muda/Yan ini adalah diharapkan sebagai amal jariah dan bukan paksaan bagi merealisasikan matlamat yang tersebut di atas.

3. Sila isikan borang jawapan di bawah dan kembalikan ke skolah. Sumbangan tuan/puan amat dihargai dan moga Allah sahajalah yang dapat memberi ganjarannya. Jika sumbangan berbentuk ck sila bayar kepada "Badan Kebajikan Warga Pendidikan PPDKMY". Semua sumbangan hendaklah disampaikan ke sekolah pada atau sebelum 16 Julai 2015. Pihak sekolah hendaklah menyerahkan sumbangan kepada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan (U/P: Ustaz Azizan bin Ibrahim) sebelum atau pada 26 Julai 2015.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan

Saturday, 13 June 2015

Jadual waktu imsak & iftar Ramadhan 1436H



Pihak Sekolah Kebangsaan Seri Pinang (SKSP) dan seluruh jawatankuasa PIBG SKSP ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Pada tahun 1436H (2015 M) ini, Awal Ramadhan dijangka disambut pada 18 Jun 2015 (Khamis).
Dilampirkan jadual waktu imsak & iftar Ramadhan bagi tahun ini untuk panduan dan rujukan kita semua.

'Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak'.