PIBG SK SERI PINANG, SUNGAI PETANI, KEDAH.
Saturday, 7 November 2015
Hari Keusahawanan 2015, SK Seri Pinang
7 November 2015 (Sabtu) - Hari Keusahawanan 2015, SK Seri Pinang, Sungai Petani, telah diadakan dengan jayanya. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang amat hebat daripada pelajar-pelajar dan seluruh warga SKSP.
Terdapat pelbagai acara-acara menarik seperti senamrobik, gerai-gerai jualan, kejohanan futsal dan lain-lain.
Diharapkan semua pihak akan terus memberi sokongan dan sambutan untuk aktiviti ini pada tahun hadapan.
Sunday, 23 August 2015
Program Jaya Waris & Majlis Bacaan Yasin Sempena UPSR 2015
23 Ogos 2015 (Ahad) - Satu Program Jaya Waris & Majlis Bacaan Yasin telah diadakan di SK Seri Pinang. Program ini melibatkan waris-waris dan murid-murid Tahun 6 (yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini). Sambutan yang diberikan untuk program ini amatlah memberangsangkan.
Majlis Bacaan Yasin yang dipimpin oleh khalifah jemputan, iaitu Al-Fadhil Ustaz Othman Bin Che Mee turut diadakan. Khalifah jemputan juga sempat memberikan motivasi ringkas kepada calon-calon UPSR 2015 ini.
Pihak sekolah & PIBG SKSP merakamkan penghargaan kepada khalifah jemputan, waris-waris, murid-murid Tahun 6, guru-guru & jemputan yang telah menjayakan program ini.
Didoakan semoga kesmua calon-calon UPSR tahun ini akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.
Friday, 14 August 2015
Jemputan Majlis Bacaan Yasin Perdana Sempena UPSR 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah SK Seri Pinang akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin Perdana bersama waris & ibubapa murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) pada tahun 2015 ini.
Butiran lengkap majlis ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 23 Ogos 2015 (Ahad)
Masa: 11. 00 pagi
Tempat: Surau SK Seri Pinang, Sg. Petani, Kedah.
Pihak sekolah & PIBG SKSP ingin menjemput semua waris & ibubapa murid-murid Tahun 6 untuk hadir ke majlis ini.
Semoga dengan kehadiran waris-waris dan ibubapa, adalah diharapkan majlis ini akan lebih berseri dan diberkati.
Jika tuan/puan memerlukan sebarang maklumat lanjut berkenaan majlis ini, mohon hubungi pihak sekolah di talian: 04 4214540.
Terima kasih.
Butiran lengkap majlis ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 23 Ogos 2015 (Ahad)
Masa: 11. 00 pagi
Tempat: Surau SK Seri Pinang, Sg. Petani, Kedah.
Pihak sekolah & PIBG SKSP ingin menjemput semua waris & ibubapa murid-murid Tahun 6 untuk hadir ke majlis ini.
Semoga dengan kehadiran waris-waris dan ibubapa, adalah diharapkan majlis ini akan lebih berseri dan diberkati.
Jika tuan/puan memerlukan sebarang maklumat lanjut berkenaan majlis ini, mohon hubungi pihak sekolah di talian: 04 4214540.
Terima kasih.
Sunday, 9 August 2015
Hari Anugerah Cemerlang 2015
9 Ogos 2015 (Ahad) - Hari Anugerah Cemerlang 2015 telah diadakan di Dewan SK Seri Pinang, Sungai Petani, Kedah. Majlis ini diadakan untuk memberikan penganugerahan kepada murid-murid yang berjaya di dalam peperiksaan yang diadakan sebelum ini. Majlis ini turut memberi penghargaan kepada bekas murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2014. Turut diberi penghargaan adalah tokoh-tokoh murid (Kepimpinan), tokoh murid (Kokurikulum), ketua-ketua & penolong-penolong ketua kelas, pengawas-pengawas sekolah dan pengawas-pengawas pusat sumber.
Majlis Anugerah Cemerlang 2015 ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Zuki Bin Nanyan (YDP PIBG, SK Seri Pinang).
Tahniah diucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah. Pihak PIBG mengucapkan penghargaan kepada pihak sekolah SK Seri Pinang dan warga kerja Hari Anugerah Cemerlang 2015 kerana berjaya mengadakan majlis yang gemilang ini.
Friday, 3 July 2015
Majlis Perjumpaan Waris Bersama Guru Kelas - 5 Julai 2015
Kepada,
Semua,
Ibubapa/Waris Murid
Tuan,
MAJLIS PERJUMPAAN WARIS BERSAMA GURU KELAS
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa majlis perjumpaan waris dengan Guru Kelas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
2.1. Tarikh : 05 Julai 2015 (Ahad)
2.2. Masa : 10.45 pagi (Sesi Pagi)
Masa : 03.45 petang (Sesi Petang)
2.3. Tempat : Kelas masing-masing
3. Dimaklumkan selepas ssi perjumpaan tersebut murid boleh pulang bersama waris masing-masing.
4. Di atas kerjasama dan perhatian tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
Guru Besar,
SK Seri Pinang,
Sungai Petani, Kedah.
Friday, 26 June 2015
Program Ihya' Ramadhan 1436H, Amal Jariah untuk Pembinaan & Pembaikan Surau Sekolah-sekolah Daerah Kuala Muda/Yan dan Kebajikan Pelajar Islam.
Tuan/Puan,
Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraih seberapa banyak pahala dan ganjaran dengan mngerjakan berbagai amal ibadat di dalam bulan Ramadhan, maka Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan telah merancang dan menyusun program Ihya' Ramadhan kearah matlamat tersebut. Program ini juga merupahan kesinambungan program yang telah dilancarkan pada tahun 2011 yang bermatlamat mengumpul seberapa banyak dana dan kemudiannya akan diagihkan kepada beberapa sekolah-sekolah yang pembinaan suraunya terbengkalai dan memerlukan pembaikan serta akan disedekahkan kepada pelajar Islam yang ditimpa musibah.
2. Sumbangan dari pelajar, waris, guru dan staf sekolah Daerah Kuala Muda/Yan ini adalah diharapkan sebagai amal jariah dan bukan paksaan bagi merealisasikan matlamat yang tersebut di atas.
3. Sila isikan borang jawapan di bawah dan kembalikan ke skolah. Sumbangan tuan/puan amat dihargai dan moga Allah sahajalah yang dapat memberi ganjarannya. Jika sumbangan berbentuk ck sila bayar kepada "Badan Kebajikan Warga Pendidikan PPDKMY". Semua sumbangan hendaklah disampaikan ke sekolah pada atau sebelum 16 Julai 2015. Pihak sekolah hendaklah menyerahkan sumbangan kepada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan (U/P: Ustaz Azizan bin Ibrahim) sebelum atau pada 26 Julai 2015.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
Saturday, 13 June 2015
Jadual waktu imsak & iftar Ramadhan 1436H
Pihak Sekolah Kebangsaan Seri Pinang (SKSP) dan seluruh jawatankuasa PIBG SKSP ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Pada tahun 1436H (2015 M) ini, Awal Ramadhan dijangka disambut pada 18 Jun 2015 (Khamis).
Dilampirkan jadual waktu imsak & iftar Ramadhan bagi tahun ini untuk panduan dan rujukan kita semua.
'Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak'.
Subscribe to:
Posts (Atom)