9 Ogos 2015 (Ahad) - Hari Anugerah Cemerlang 2015 telah diadakan di Dewan SK Seri Pinang, Sungai Petani, Kedah. Majlis ini diadakan untuk memberikan penganugerahan kepada murid-murid yang berjaya di dalam peperiksaan yang diadakan sebelum ini. Majlis ini turut memberi penghargaan kepada bekas murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2014. Turut diberi penghargaan adalah tokoh-tokoh murid (Kepimpinan), tokoh murid (Kokurikulum), ketua-ketua & penolong-penolong ketua kelas, pengawas-pengawas sekolah dan pengawas-pengawas pusat sumber.
Majlis Anugerah Cemerlang 2015 ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Zuki Bin Nanyan (YDP PIBG, SK Seri Pinang).
Tahniah diucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah. Pihak PIBG mengucapkan penghargaan kepada pihak sekolah SK Seri Pinang dan warga kerja Hari Anugerah Cemerlang 2015 kerana berjaya mengadakan majlis yang gemilang ini.