Sunday, 23 August 2015

Program Jaya Waris & Majlis Bacaan Yasin Sempena UPSR 2015









23 Ogos 2015 (Ahad) - Satu Program Jaya Waris & Majlis Bacaan Yasin telah diadakan di SK Seri Pinang. Program ini melibatkan waris-waris dan murid-murid Tahun 6 (yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini). Sambutan yang diberikan untuk program ini amatlah memberangsangkan.

Majlis Bacaan Yasin yang dipimpin oleh khalifah jemputan, iaitu Al-Fadhil Ustaz Othman Bin Che Mee turut diadakan. Khalifah jemputan juga sempat memberikan motivasi ringkas kepada calon-calon UPSR 2015 ini.

Pihak sekolah & PIBG SKSP merakamkan penghargaan kepada khalifah jemputan, waris-waris, murid-murid Tahun 6, guru-guru & jemputan yang telah menjayakan program ini.

Didoakan semoga kesmua calon-calon UPSR tahun ini akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.


Friday, 14 August 2015

Jemputan Majlis Bacaan Yasin Perdana Sempena UPSR 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah SK Seri Pinang akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin Perdana bersama waris & ibubapa murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) pada tahun 2015 ini.

Butiran lengkap majlis ini adalah seperti berikut:

     Tarikh: 23 Ogos 2015 (Ahad)
     Masa: 11. 00 pagi
     Tempat: Surau SK Seri Pinang,  Sg. Petani, Kedah.

Pihak sekolah & PIBG SKSP ingin menjemput semua waris & ibubapa murid-murid Tahun 6 untuk hadir ke majlis ini.

Semoga dengan kehadiran waris-waris dan ibubapa, adalah diharapkan majlis ini akan lebih berseri dan diberkati.

Jika tuan/puan memerlukan sebarang maklumat lanjut berkenaan majlis ini, mohon hubungi pihak sekolah di talian: 04 4214540.

Terima kasih.


Sunday, 9 August 2015

Hari Anugerah Cemerlang 2015





9 Ogos 2015 (Ahad) - Hari Anugerah Cemerlang 2015 telah diadakan di Dewan SK Seri Pinang, Sungai Petani, Kedah. Majlis ini diadakan untuk memberikan penganugerahan kepada murid-murid yang berjaya di dalam peperiksaan yang diadakan sebelum ini. Majlis ini turut memberi penghargaan kepada bekas murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2014. Turut diberi penghargaan adalah tokoh-tokoh murid (Kepimpinan), tokoh murid (Kokurikulum), ketua-ketua & penolong-penolong ketua kelas, pengawas-pengawas sekolah dan pengawas-pengawas pusat sumber.

Majlis Anugerah Cemerlang 2015 ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Zuki Bin Nanyan (YDP PIBG, SK Seri Pinang).

Tahniah diucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah. Pihak PIBG mengucapkan penghargaan kepada pihak sekolah SK Seri Pinang dan warga kerja Hari Anugerah Cemerlang 2015 kerana berjaya mengadakan majlis yang gemilang ini.